Author: seruling
•03:06



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat lepasan pelajar serta bekas tenaga pengajar di institut berakan dan MTT.Anda semua dijemput ke Program Sepetang bersama Tg. Hj. Abdul Hadi Awang..ada makan percuma,jangan tak datang..hehe
Author: seruling
•13:58
Equation 1

Human = eat + sleep + work + enjoy
Donkey = eat + sleep

Therefore,
Human = Donkey + work + enjoy

Therefore,
Human - enjoy = Donkey + work

In other words,
Human that don't know how to enjoy = Donkey that work
============ ========= ========= ========= ========= ===

Equation 2

Men = eat + sleep + earn money
Donkeys = eat + sleep

Therefore,
Men = Donkeys + earn money

Therefore,
Men - earn money = Donkeys

In other words,
Men that don't earn money = Donkeys
============ ========= ========= ========= ========= ====

Equation 3

Women = eat + sleep + spend
Donkeys = eat + sleep

Therefore,
Women = Donkeys + spend

Therefore,
Women - spend = Donkeys

In other words,
Women that don't spend = Donkeys
============ ========= ========= ========= ========= =====

To Conclude:

From Equation 2 and Equation 3
Men that don't earn money = Women that don't spend.

So, Men earn money not to let women become Donkeys!
(Postulate 1)

And, Women spend not to let men become Donkeys!
(Postulate 2)

So, we have?
Men + Women = Donkeys + earn money + Donkeys + spend money

Therefore from postulates 1 and 2, we can conclude,
Man + Woman = 2 Donkeys that live happily together!
Author: seruling
•07:34

Buah Ambartut dari Negara Syeria.


Kerana warna dan bentuknya seperti buah jambu,jadi ianya tidak disangka buah Pay

Kelainan bentuknya menarik minat penulis untuk berkongsi bersama anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian.harap pengunjung blog saya ini sihat-sihat selalu.Kali ini penulis ingin berkongsi bersama kalian mengenai keunikan buah Ambartut Baladi yang mana buah itu ramai yang tidak tahu bahkan orang Yemen sendiri tidak tahu apakah buah Ambartut Baladi itu.Idia ini tercetus bila mana penulis baru pulang dari rumah kawan.ketika perjalanan penulis disapa akan seorang lelaki berbangsa Yemen untuk makan buah bersamanya.Bila dipelawa,penulis merasakan kelainan bila melihat reka bentuknya yang seoalah-olah seperti buah jambu,bila ditanya "hal hazihi jawwafah"( adakah ini buah jambu),beliau pun menjawab "la'"(bukan).bila ditany akan apakah nama buah ini.Beliau pun menyatakan ini adalah Ambartut Baladi sambil tersenyum,Mmm rasanya subahanallah,sedap bangat,nak kata rasa macam buah jambu pun tak,rasa macam buah pay pun tak,susah untuk digambarkan dengan kata-kata betapa sedapnya kelazatan buah Pay versi Yemen itu.Kalau kalian semua nak tahu bagaimana rasa kelazatan dan kemanisan buah Ambartut itu,bolehlah buat tempahan kepada saya.harganya murah sahaja,lapan ringgit sekilo.Jangan lambat!Nanti kehabisan stok!

Ambartut bila diterjemahkan ke dalam bahasa melayu ialah buah Pay.Pay merupakan buah yang mashur di dunia bahkan bentuk rupanya berlainan mengikut cuaca dan keadaan tanah itu sendiri.Semalam bila ditanya pada beliau,berapakah tempoh kematangan buah ini untuk masak?.Beliau menyatakan cuma tiga bulan sahaja.dan buah ini hanya berbuah pada musim panas,so musim sejuk tak dapat la nak makan.
Kebiasaan musim panas disini,tidak terdapat buah yang banyak.hanya sebilangan kecil antaranya,buah Mangga,buah Kaptus,buah Epal,buah Hab Hab(tembikai yang bentuknya bujur) dan sebagainya.Kerana faktor tanah disini yang gersang dan kering,pertanian buah-buahan amatlah sedikit penghasilannya.
Untuk akhirnya,penulis disini menyarankan supaya kita "Makanlah Buah-buahan Tempatan" Hidup yang ceria bersama makanan yang sihat..sekain sahaja..HAnyasayo!!

Author: seruling
•14:03

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semenjak bumi ini disinari cahaya islam, pertembungan antara hak dan batil sentiasa berlaku, seolah-olah sudah menjadi rutin harian masyarakat dunia. Permusuhan antara hak dan batil bermula di alam malakut apabia makhluk bernama iblis tidak mahu tunduk kepada makhluk bernama manusia(Nabi Adam as) ciptaan Allah swt. Maka bermulalah permusushan hakiki yang tidak berkesudahan apabila kedua-dua makhluk itu di halau keluar dari syurga untuk ditempatkan di alam yang baru bernama bumi.


Firman Allah swt di dalam Surah Al-Baqarah, ayatke 30 hingga 38 yang bermaksud:

“(Ingatlah) Ketika tuhan mu berfirman kepada Malaikat:Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang kahlifah(Adam) di atas bumi.Maka jawab para Malaikat: Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menunjukkan darah. Sedang kami bertasbih bertasbih dan menyucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungghnya Aku mengetahui apa-apa yang kamu tidak ketahui (30) Allah mengajarkan kepada Adam sekalian nama-nama barang, kemudian barang-barang itu di bawa kepada Malaikat. lalu Allah berfirman: Khabarkan kepadaKu nama-nama barang ini jika kamu yang benar (31) Jawab mereka: Maha suci Engkau, kami tiada pengatahuan tentangny, melainkan apa-apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui lagi Maha bijaksana (32) Allah berfirman: Hai Adam, khabarkanlah kepada Malaikat –malaikat itu nama barang in. Tatkala Adaman menerangkan barang-barang itu, Allah berfirman: BUkankah sudah Ku katakan padamu, bahawa Aku mengetahui yang ghaib di langit dan di bumi,serta Kutahu apa-apa yang kamu lahirkan dan apa-apa yang kamu sembunyikan (33) (ingatlah) Ketika Kami berkata kepada Malaikat: Tunduklah Kamu kepada Adam! Lalu mereka itu tunduk, kecuali Iblis, ia enggan dan takbur, dan ia termasuk ke dalam golongan-golongan orang-orang kafir (34) Kami berkata: Hai Adam, tinggalah engkau bersama isteri kau dalam syurga, dan makanlah buah-buahannya dengan senang menurut kehendakmu, dan janganlah kamu dekati pohon kayu ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang aniaya(35) Kemudian keduanya diperdayakan oleh syaitan, sampai dikeluarkan dari (kesenangan) yang telah didapatinya, KAmi berkata: Turunlah kamu, sebahagian kamu dengan yang lain bermusuh-musuhan ,dan untukmu kediaman di atas bumi dan kesenangan hingga ketikanya (sampai ajalnya) (36)Kemudian Adam memperoleh beberapa kalimat dari Tuhannya (ia meminta ampun), lalau Allah menerima taubanya, sesungguhnya Dia penerima taubat ;agi penyayang (37) Kami berkata;Turunkanlah kamu sekalin dari syurga. JIka dating petunjukKu kepadamu, maka barang siapa mengikut petunjukKu itu, nescaya tiada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berduka citan (38)”

Pertembungan antara hak dan batil tetap berpanjangan bersama berlalunya zaman dan waktu. Sepanjang peredaran itulah menyaksikan bagaimana permusuhan ini saling bersilih ganti merebut takhta kerajaan alam(bumi) . Pihak yang memperjuangkan kebatilan yang terdiri daripada manusia dan jin berusaha sedaya upaya untuk melenyapkan obor kebenaran. Tetapi pihak yang memperjuangkan kebenaran akan terus berusaha menyinari alam ini daripada kegelapan dan kezaliman.


Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-kahfi, ayat ke 29 yang bermaksud:

Dan katakanlah al-Haq itu datangnya dari Tuhanmu, maka barangsiapa yang ingin beriman maka hendaklah ia beriman dan barang siapa yang ingin kafir hemdaklah ia kafir. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu neraka yang bergelojak mengepung mereka. Dan jika meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum air seperti besi mendidih(cair) yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling jelek.”

Allah s.w.t sentiasa mengutuskan para Nabi dan Rasul bagi membantu hamba-hambaNYA yang mahu mendirikan kebenaran di atas muka bumi ini. Para Nabi dan Rasul yang diutuskan daripada kalangan manusia bertujuan untuk membawa manhaj Rabbani (Islam), sentiasa mendapat tentangan daripada pihak yang memperjuangkan kebatilan. Para Nabi dan Rasul bersilih ganti diutuskan kepada makhluk Allah di muka bumi, bermula dengan Nabi Adam a.s. hinggalah kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Mereka sentiasa menerima tentangan yang hebat daripada pihak ini (toghut).

Firman Allah s.w.t. di dalam surah At-taubah,ayat ke 33 yang bermaksud:

“Dialah yang mengutuskan Rasul yang memberi petunjuk dan dengan Din yang hak.”

Musyrikin Quraisy Mekah bersama kuncu-kuncunya memerangi Islam pimpinan RAsulullah s.a.w. yang mengeluarkna manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Pertarungan antara hak dan batil menjadi semakin sengit apabila puak musyrikin berganding bahu dengan ahli kitab yang sememangnya menaruh dendam terhadap kebenaran.

Firman Allah s.w.t, di dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 257 yang bermaksud:

“Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan(kekafiran) kepada cahaya(iman), dan orang-orang yang kafir, pelindungan ilah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan(kekafiran).”

Ahli Kitab yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani berjuang bermati-matian untuk menghapuskan ajaran baru ini iaitu agam Islam. Walaupun mereka telah tunduk kepada kebenaran Islam, namun manusia yang berhati batu ini sentiasa mengatur langkah untuk memerangi agama Islam. Serangan demi serangan diatur untuk menghancurkan islam, tetapi ummat islam yang telah dibentuk dengan Tarbiyyah Ruhiyyah oleh Qudwatuna nabi Muhammad s.a.w berjsy mematahkan segala serangan tersebut.

Belajar melalui kekalahan yang diterima oleh mereka, kini mereka mengatur langkah baru untuk menghancurkan agama Islam dan pengikutnya. Strategik baru yang dipanggil al-Ghazwu al-Fikri sememangnya menyebelahi mereka tatkala umat Islam lalai dengan kemewahan dasn kesenangan . serangan cara baru yang diketuai oleh orang-orang Yahudi ini begitu licik dan tersusun rapi sehingga umat manusia khususnya orang-orang Islam tetipu, seterusnya jatuh tersungkur.


bersambung...
Author: seruling
•06:38
بسم الله الرحمن الرحيم


Allah berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang bergembira.”
(Al-Qasas:76)

Kegembiraan adalah kelazatan dalam hati kerana mendapatkan sesuatu yang disukai atau menemukan sesuatu yang diinginkan. Maka dari keadaan seperti ini lahir sesuatu keadaan pada diri manusia yang dinamakan kegembiraan dan kesenangan, sebagaimana kedukaan dan kesedihan ditumbulkan kerana hilangnya sesuatu yang disukai. Jika Sesuatu yang dicintai itu hilang, maka pada waktu itu lahirlah suatu keadaan yang disebut dengan sedih atau duka. Allah telah menyebutkan dalam kitab-Nya bahawa kegembiraan itu hendaklah kerana mendapat kurnia Allah dan rahmatNya:

Katakanlah,Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya,hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.”
(Yunus:58)

Maka kegembiraan itu adalah kegembiraan dengan Allah, dengan segala sesuatu yang telah dikurniakan Allah dan disertai rasa takut dan selalu berhati-hati agar tidak terkena seksaan Allah. Kegembiraan seperi ini tidak akan mendatangkan bahaya bagi orang yang melakukannya, Jika kegembiraan tidak disertai dengan itu maka kegembiraan semacam inilah yang tidak disukai Allah.
Orang yang gembira adalah orang yang merasa hati dan membanggakan diri, sebagaiman firman Allah:

Orang-orang yang bergembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan.”
(Ali Imran:188)

Iaitu mereka yang membanggakan diri dan kagum terhadap segala sesuatu yang telah diberikan kepada mereka. Mereka menduga bahawa apa yang telah diberikan kepada mereka itu tidak akan binasa, dan kurnia yang diberikan kepada mereka merupakan bukti bahawa mereka telah mendapatkan keredhaan Allah. Mereka bersedih jika kaum muslimin mendapatkan kemenangan dan mendapatkan harta rampasan perang sebaliknya mereka bergembira jika kaum muslimin mengalami kekalahan dan musibah bagaimana yang telah difirman Allah dalam kitab-Nya, “jika kamu mendapat suatu kebaikan maka mereka menjadi tidak senang kerananya, dan jika kamu ditimpa suatu bencana maka mereka berkata:

Sesungguhnya kami sebelumnya telah memerhatikan urusan kami(tidak berperang) dan mereka berpaling dengan rasa gembira.”
(At-Taubah:50)

Mereka tidak bergembira dengan Al-Quran dan Islam. Mereka bersenang-senang dengan dunia dan segala sesuatu yang ada di dalamnya dengan kekufuran dan kemusyrikan, maka mereka membuat jahat dan melakukan perbuatan maksiat lainnya.

Mereka adalah orang-orang yang jika Allah memberi kurnia kepada mereka dengan suatu kenikmatan kemudian Alllah mengambilnya dari mereka makan mereka berputus asa dari rahmat Allah dan mereka mengingkari kenikmatan itu. Jika Allah mengurnikan kepada mereka berupa kesihatan atau kelapangan rezeki setelah mereka mengalami kesempitan dan kefakiran. Maka mereka bergembira dan membanggakan diri dengan semua itu dan mereka lupa bersyukur kepada Allah atas limpahan nikmat itu. Allah berfirman:

Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan di dunia itu(dibandingkan dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangana(yang sedikit)”
(Al-ra’d:26)

Mereka adalah orang-orang yang diberi Allah kekayaan yang banyak, akan tetapi dengan semua itu mereka tidak mencari kehidupan akhirat iaitu syurga, bahkan dengan kenikmatan itu mereka mencari kenikmatan-kenikmatan lain hingga mereka menghabiskan umur mereka hanya untuk itu sahaja.

Mereka adalah orang-orang yang memisahkan diri dari jemaah mereka dan mencerai beraikan agama mereka hingga agama mereka itu menjadi berkumpulan, padahal mereka telah diperintahlan untuk bersatu. Mereka kagum dengan pendapat dan kesesatan mereka. Pendapat atau pemikiran dan kesesatan itu mereka bukukan dan mereka imani, kemudian mereka ingkar dengan buku-buku selain itu,”tiap-tiap golongan mereka bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka(masing-masing)”(Al-Mukminun;53) dan setiap kumpulan kagum dengan apa yang elah mereka lakukan

Allah berfirman bermaksud:

Sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, maka kami seksa dengan tiba-tiba , maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.”
(Al-An’am:44)
Author: seruling
•11:35


بسم الله الرحمن الرحيم

Syelkh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa Arab telah berkata:

"
Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda)ku. Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan di ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. adakah kalian semua begitu wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah, atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana ALLAh...Tiada satu pun kumpulan(dari kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia kepada golongan yand dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas....Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemulian.Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsa tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, pati-partinya,badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:


"Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan merka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemulian sebagai mujahidin dan syuhada'.

JIka kalian mahu, narilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapan sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."

"Ya Allah kami mengadu kepada Mu...kami mengaku kepadaMU...kami mengadu kepada Mu...kami mengadu kepada Mu lemahnya kami akan kurangnya helah kami. Demikianlah kami dihadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kam. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah,maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan , wanita-wanita, yang dijandakn, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepada Mu berseleraknya kesatuan(umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya haluan kami, terbelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami,betapa tidak bermayanya umat disekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami..."







Author: seruling
•08:26

RASULULLAH SAW Bersabda yang bermaksud;
"Barangsiapa Yang Memusuhi Ammar Maka Allah Akan Memusuhinya."

Ammar ibnu yasir tetap memilih jalan islam,mestipun ia tahu,islam memerlukan pengorbanan yang besar,dan islam akan menyebabkan is disiksa oleh orang-orang kafir.Kerana ia masuk islam,ia disiksa di atas batu panas di siang hari sehingga kulitnya terbakar dan nafas nya tersengal-sengal bagaikan seorang yang sedang menderita sakaratul maut.Orang-orang yang menyiksanya menyobek kulitnya dengan cemeti sampai badannya memancarkan darah.

Ia disiksa sedemikian kejam kerana ia telah meninggalkan penyembahan berhala dan memluk agama Islam.Walaupun ia menderita berbagai siksaan,tetapi ia tetap teguh pada agama Islam dan aqidahnya,siksaan yang diterimanya hanyalah menambah kekuatan imannya kepada Allah dan Rasul-Nya, hukuman pedih yang dideritainya hanya makin memperkukuh keislamannya.

Pada suatau hari.Rasulullah SAW lalu berhampiran tempat di mana para Quraisy sedang menyiksa Ammar, ibunya yang ber nama "Umayah" dan ayahnya yang bernama "Yasir".tatkala ketiga orang yang sedang tersiksa tersebut melihat cahaya Rasulullah SAW telah memenuhi ruangan cakrawala, maka Ammar berteriak "Wahai Rasulullah,kami telah menderita iksaan yang sangat kejam."Rasulluah SAw melihat mereka yang sedang tersiksa itu dengan pandangan belas kasihan,seraya baginda berkata pada Ammar Ibnu Yasir;"Sabarlah wahai Ammar,sabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya syurga adalah tempat yang dijanjikan untuk kalian."

Kata-kata Rasullullah SAw tersebut dirasakan oleh keluarga Yasir sebagai balsem penyembuh, Ammar merasakan ketenangan di dalam hatinya kerana keredhaan Allah sentiasa menaunginya dan kesejukan iman telah menjalar ke seluruh tubuhnya . Rasulluah SAW memberikan khabar gembira dengan janji syurga , dan jalan menuju syurga telah terbuka baginya, yang akan ia masuki bersama kedua orang tuanya untuk memperoleh kebahagian dengan kenikmatan yang abadi.

Keteguhan Ammar mempertahankan agama dan aqidah Islam membuat usaha kaum Quraisy sia-sia.Mereka merasa tidak ada gunanya meneruskan penyiksaan atas Ammar . Selain itu mereka telah pesimis melihat islam yang kian hari kian meluas,pengikutnya makinya terus bertambah. Maka tidak ada gunanya memusuhi islam yang setiap harinya makin bertambah kuat.

Setelah Rasulullah SAw memberi izin kepada kaum musli,im untuk berhijrah ke Madinah, kaum muslimin beransur-ansur berhijrah ke sana secara sembunyi. Di Madinah inilah, Islam memulai kehidupan yang baru, di mana golongan MUhajirin dan golongan Ansar merupakan benih yang pertama dalam pemerintahan Islam yang kemudian menjadi negara yang begitu besar di dunia, luas pemerintahan islam meliputi daratan dan lautan, bahkan kekuasaan pemerintahan ini dihormati di Masyriq mahupun di Maghribi.

Rasulullah SAw menyuruh kaum muslimin membangunkan masjid -masjid di setiap daerah yang ditempati kaum muslimin, kerana masjid adalah tempat untuk berkumpulnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-nya, tempat untuk melaksanakan solat jama'ah, tempat untuk belajar agama islam,bahkan di masjid ada tempat khusus untuk klinik.

Dalam membangunkan beberapa masjid,Rasulullah SAW ikut turun tangan, beliau mengangkat batu-batu bersama para sahabat . Suatu peristiwa telah terjadi, ketika kaum muslimin sedang membina masjid Rasullulah sambil bekerja Ammar mendendangkan syair ciptaan Ali ra. Kerana suara Ammar terdengar sangat keras , salah seorang sahbat menegurnya dengan cara yang kasar, sampai Rasuluullah SAW marah;"Mengapa orang-orang bersikap kasar pada Ammar padahal Ammar adalah sebahagian dari aku?"

Dengan demikian para sahabat pun tahu, sejauh mana cinta dan kasih sayang Rasullullah SAW kepada Ammar. Dan mereka bertambah yakin akan dalmnya cinta dan kasih sayang baginda kepada Ammar, iaitu ketika jadi pertengkaran tajam antara Ammar dan Khalid ibnu Walid, Rasullulah SAW melerai pertengkaran tersebut dan berabda;"Barangsiapa yang memusuhi Ammar, maka Allah memusuhinya, dan barangsiapa membenci Ammar, maka Allah akan membencinya."

Ammar mempergunakan hidupnya untuk memikul senjata dan bergabung di bawah bendera Islam. Ia berjuang di jalan Allah dengan keteguhan yang luar biasa dan dengan kekuatan yang tidak pernah luntur, ia terjun ke semua medan peperangan bersama Rasullulah. Setelah Rasullulah SAW wafat Ammar ikut berperang menumpas orang-orang yang murtad, dan ia juga terjun dalam peperangan Al-Yamamah sampai hilang satu telinganya. Dan ia sentiasa membanggakan telinganya yang hilang di jalan.

Pada masa pemerintahan Umar Al-Khattab. Khalifah Umar melantik Ammar menjadi Wali di Kufah, meskipun begitu Ammar tetap hidup berzuhud,menjauhkan diri dari kesenangan duniawi, ia tidak mencari harta kecuali hanya sekadar mencukupi keperluannya. Ia biasa pergi ke pasar sendiri dan membeli bahan keperluannya, ia biasa membawa sendiri barang-barangnya dan ia menolak bila ada salah seorang muslimin ingin membawakannya.

Majlis Ammar selalu dipadati oleh para ahli ilmu dan orang-orang yang bertakwa, disana mereka berdiskusi untuk menambah ilmu agama. Apabila mereka menemukan jalan buntu dalam memecahkan suatu masalah , maka mereka menyerahkan permasalahan tersebut pada Ammar dan Ammar akan menerangkan penyelesaiannya.

Rasulullah SAW telah memberitakan, bahawa kelak Ammar akan dibunuh oleh orang-orang yang derhaka. Setelah beberapa masa, pengakuan Rasulullah tersebut terbukti kebenarannya. Ammar ibnu Yasir dibunuh oleh golongan yang derhaka di waktu perang Shifien, ketika ia bersama pasukan Ali ra bertempur melawan pasukan Mu'awiyah ia bergabung dengan Ali ra kerana ia tahu behawa kebenaran dipihak Ali. Walaupun ketika itu Ammar telah berusia 93 tahun, tetapi ia masih kuat memikul senjata dan terjun peperangan melawan pasukan Mu'awiyah.

Lebih Baik Menderita Kerugian Daripada Memperolehi Keuntungan Yang Tidak Sah.